Lojistik

Dari segi logistik, ternakan lembu di asingkan dari kambing. Untuk ternakan lembu, syarikat mempunyai peralatan yang mencukupi untuk semua aktiviti pemeliharaan seperti 2 unit kandang, handling yard, paddock, electric fencing, energizer dan lain-lain lagi.

Untuk ternakan kambing, syarikat merancang untuk membina 20 unit kandang sahaja.  Walaubagaimanapun, sehingga awal 2011, jumlah kandang kambing yang telah dibina ialah sebanyak 21 unit.  1 unit kandang tambahan sedang dalam pembinaan, manakalah 2 unit lagi sedang dalam perancangan untuk dibina.

Syarikat turut membeli beberapa jenis mesin untuk proses mekanisasi bagi memaksimumkan penghasilan dan pemberian makanan. Rumput jenis guatemala turut ditanam untuk penggemukan ternakan (lembu) dan pemberian dedak terpilih diberi untuk kambing.

Comments are closed.

%d bloggers like this: