About

Ternakan Ruminan Sdn Bhd (Ternakan Ruminan) diperbadankan pada 30 Julai 1996. Ia merupakan sebuah syarikat yang bergiat dalam penternakan lembu daging secara integrasi dalam ladang kelapa sawit. Integrasi dalam Ternakan Ruminan bermaksud melaksanakan dua atau lebih aktiviti komersil di atas tanah yang sama. la beroperasi dalam aktiviti penternakan ruminan sejak tahun 2000 dan sehingga 31 Ogos 2006, terdapat 1,800 ekor lembu di bawah peliharaannya.

Ternakan Ruminan dimiliki penuh oleh YPJ Corporation Sdn Bhd sebuah syarikat dalam Kumpulan YPJ. Kumpulan YPJ melalui YPJ Plantations Sdn Bhd  telah bergiat dalam aktiviti ternakan lembu sejak tahun 1996. Ternakan Ruminan mengambilalih operasi penternakan mulai tahun 2000. Aktiviti ternakan lembu masih dijalankan dalam ladang-ladang kepunyaan YPJ Plantations Sdn Bhd yang terletak di Kulai / Kota Tinggi

Kerajaan telah melancarkan Program Ternakan Ruminan dalam ladang pada tahun 1998. Pelancaran program ini telah dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri (Tun Mahathir Mohamed) pada masa itu di ladang YPJ Plantations Sdn Bhd pada 19 April 1998.

Ternakan Ruminan mendapat galakan Taraf Perintis daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk tempoh 5 tahun bermula 1hb Januari 2000 sehingga 31hb Disember 2004. Ternakan Ruminan telah juga mengajukan permohonan perpanjangan galakan Taraf Perintis kepada kementerian berkaitan.

Setelah berkecimpung selama 10 tahun dalam ternakan lembu, Ternakan ruminan mulai pertengahan tahun 2006, telah mula berkecimpung dalam industri ternakan kambing pula. Sebuah kandang telah dibina menjadikan aktiviti pemeliharaan kambing kini berjalan dengan pesat. Sehingga awal tahun  2011, bilangan kambing yang ada mencapai jumlah  1,583 ekor.  Manakala jumlah ternakan lembu pula ialah 2,031 ekor.

Fokus perniagaan, ialah untuk membekal ternakan hidup ataupun daging (lembu dan kambing) untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Selaras dengan objektif Pelan Pertanian Kebangsaan Malaysia 3 (NAP3), Ternakan Ruminan melaksanakan sistem integrasi ternakan lembu dan kambingnya di dalam setiap operasi perladangan di ladang-ladang YPJ Plantations.

Dengan sinergi dalam persekitaran integrasi, kami percaya, ia akan meningkatkan lagi produktiviti penternakan ke arah menghasilkan `livestock’ (lembu dan kambing) yang berkualiti kepada pengguna di pasaran dalam dan luar negara.

Ternakan Ruminan Sdn Bhd meletakkan Objektifnya sebagai berikut:-

1.   Sebagai pusat ilmu penternakan dan skil dalam pengurusan ternakan.

2 .  Mengurangkan pergantungan terhadap pekerja dari segi penyelenggaraan (merumput) dalam ladang.

3 .  Memaksima penggunaan tanah ladang untuk menghasilkan lebih pulangan.

4.  Mesra terhadap alam sekitar – dari segi pengurangan penggunaan racun rumpai.

5.  Meningkatkan kualiti produk bekalan daging segar dan ternakan lembu dan kambing hidup.

Dengan pengalaman dalam bidang penternakan yang sudah agak lama, Ternakan Ruminan Sdn Bhd berjaya meneruskan komitmen syarikat untuk terus bertapak dalam industri ini.

Comments are closed.