Produk

Dua jenis produk asas syarikat adalah berupa Lembu dan Kambing hidup. Walaubagaimanapun, pada penghujung tahun 2010, syarikat telah turut mula mengeluarkan susu kambing segar yang ternyata mendapat sambutan menggalakkan.

Pendapatan utama syarikat adalah daripada penjualan lembu jantan untuk pasaran korban sementara lembu betina dijual untuk dagingnya. Pasaran korban memberi harga yang tinggi kerana permintaan untuk lembu jantan sering melebihi bekalan. Peningkatan sosio ekonomi umat Islam menjadikan lebih ramai yang mampu melakukan korban setiap tahun. Lembu betina yang dijual adalah takai yang tidak produktif. Syarikat akan mengekalkan bilangan haiwan pada tahap 1,800 ekor memandangkan kawasan ladang untuk pemeliharaan adalah terbatas. Ladang-ladang kelapa sawit dimana lembu ditempatkan akan ditanamsemula dalam jangkamasa 4-5 tahun lagi.

1. LEMBU

Untuk aktiviti jualan lembu lembu, pembeli yang berminat boleh datang sendiri untuk melihat dan membuat tempahan. Penghantaran juga boleh dibuat ke mana-mana tempat dalam Negeri Johor dengan tambahan sedikit kos pengangkutan. Sekiranya diperlukan, Ternakan Ruminan juga boleh menguruskan penyembelihan di sini. Pembeli boleh terus datang mengambil daging yang telah diproses. Upah paling minimum akan dikenakan untuk membiayai kos penyembelihan.

 

2. KAMBING

Satu lagi visi Ternakan Ruminan ialah untuk menjadi di antara pembekal terbesar baka kambing dan daging kambing Negara. Diversifikasi kepada penternakan kambing jenis pedaging telah diputuskan kerana aktiviti ini tidak memerlukan kawasan yang terlalu besar. Ternakan kambing ini mula dijalankan secara giat mulai pertengahan tahun 2006. Ternakan Ruminan bercadang memulakan aktiviti penternakan kambing dengan pembelian 3,500 ekor, untuk tujuan pembiakan.

 

Kesemua kambing betina yang dihasilkan akan dibela sebagai induk untuk tujuan pembiakan. Anak kambing betina hanya akan dijual sebagai induk setelah angka 10,000 ekor dicapai. Keseluruhan anak kambing jantan pula akan dijual samada sebagai baka pejantan atau untuk dagingnya. Baka pejantan dan induk betina (takai) akan disingkirkan apabila tidak produktif lagi. Takai pejantan akan dijual untuk korban/aqiqah atau dagingnya. Manakala takai betina akan dijual untuk dagingnya sahaja. Dalam tempoh dua tahun pertama, pendapatan dijana daripada penjualan anak kambing jantan dimana angkanya adalah kecil. Anak kambing betina mula dijual mulai tahun ketiga. Mulai tahun ketiga, bilangan purata haiwan yang dijual ialah 7,800 ekor setahun (650 ekor sebulan/22 ekor sehari). Bilangan anak kambing jantan yang dijual merangkumi hampir 50% daripada keseluruhan jualan.Untuk tujuan pengedaran, beberapa pelan tindakan telah dikenalpasti iaitu:

1. Pelanggan sedia ada

Syarikat mempunyai pelanggan sedia ada yang membeli lembu terdiri daripada pembeli individu dan peniaga. Mereka dapat membantu memasar dan mengedar kambing terutamanya bagi pasaran korban dan aqiqah.

2. Laman Web

Laman web Ternakan Ruminan seperti yang sedang tertera ini bertujuan memperkenal dan mengiklan maklumat dan produk syarikat. Laman web adalah kaedah yang efektif untuk berhubung dengan pembeli-pembeli kambing dalam dan luar negara. Pelbagai informasi penting dan terkini disediakan untuk maklumat pengunjung.

3. Pasaraya Hyper

Rangkaian pasaraya hyper seperti Giant, Tesco, Carrefour, Extra dan lain-lain merupakan outlet yang tersedia untuk daging kambing. Ternakan Ruminan mempunyai kelebihan dalam bentuk bekalan yang berterusan. Dengan kelebihan ini, pasaraya berkenaan lebih yakin untuk berurusan dengan syarikat secara jangka panjang.  Alternatif lain untuk memasarkan haiwan ialah kepada pengilang-pengilang makanan yang mengeksport makanan dalam tin (packed products).


4. Pasaran Eksport

Pasaran luar negara yang sedia ada ialah negara Timur Tengah di mana daging kambing merupakan diet utama penduduk negara berkenaan. Pasaran korban ketika musim haji di Arab Saudi juga merupakan pasaran yang tersedia. Setiap tahun hampir 4 juta ekor haiwan diperlukan untuk korban. Malaysia sebagai negara yang mempunyai piawaian halal yang komprehensif mempunyai kelebihan bagi mengeksport barangan makanan halal ke negara yang mempunyai penduduk Islam. Umat Islam merangkumi 20% atau 1.3 billion daripada penduduk dunia. Pasaran ini boleh diterokai berlandaskan keyakinan mereka terhadap piawaian label halal Malaysia yang boleh dipercayai. Melalui misi perdagangan dan hubungan antara kerajaan, pasaran luarnegara adalah satu alternatif yang viable.  Maklumat Permintaan daging Kambing/bebiri Malaysia – Sumber maklumat laman web Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia antara lain menyatakan, Penggunaan daging kambing/bebiri pada tahun 2003 berjumlah 15,570 metrik tan. Pengeluaran tempatan hanya membekalkan hanya 5.37% daripada keperluan di atas. Selebihnya adalah diimport.  Tiada maklumat penggunaan untuk tahun 2004 & 2005.   Bagaimanapun pengeluaran dalam negeri tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Melalui penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan, pengeluar daging kambing tempatan boleh meningkatkan hasil untuk mengurangkan import. Pada kadar purata 40 kg berat seekor kambing, Ternakan Ruminan hanya menghasilkan jualan haiwan hidup berjumlah 40 hingga 200 metrik tan setahun.

Comments are closed.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: