Lokasi

Ternakan Ruminan Sdn. Bhd. terletak di kawasan perhubungan yang mudah. Kedudukan ini amat strategik dan memudahkan untuk berurusniaga dengan pihak luar. Lokasi penternakan ini amat baik kerana terletak di kawasan tersendiri, bersih dan tidak mendatangkan sebarang pencemaran.

Peta berikut menunjukkan lokasi syarikat manakala lakaran berwarna kuning menunjukkan kawasan aktiviti penternakannya

Untuk berurusniaga, anda bolehlah bertemu dengan wakil pengurusan yang berpejabat di Orchard Golf & Country Resort. Manakala untuk lawatan tapak, terdapat 2 lokasi berasingan iaitu di Ladang Yayasan Johor dan Ladang Alaf. Lakaran di bawah menunjukkan 2 buah kawasan / tapak aktiviti penternakan yang dimaksudkan.

Ladang Yayasan Johor terletak hanya 16km dari Kulai. Ladang Alaf pula terletak 30 km dari Bandar Kota Tinggi. Jarak antara keduanya pula cuma 10km. Sekiranya anda datang dari Kluang, perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit sahaja untuk sampai ke dua dua destinasi.

Comments are closed.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: